Santap bersama pasukan beruniform

Santap bersama pasukan beruniform

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha malam ini telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan untuk Pegawai-pegawai Keselamatan dan Pegawai Yang Beruniform serta Pertubuhan-pertubuhan Awam Yang Beruniform sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah,Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

pg01_150818_a

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain bagi Majlis Santap Malam bersama anggota beruniform.
Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain bagi Majlis Santap Malam bersama anggota beruniform.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain ketika berkenan menghadiri Majlis Santap di Istana Nurul Iman.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain ketika berkenan menghadiri Majlis Santap di Istana Nurul Iman.

pg04_150818_e

pg04_150818_f

Terdahulu, Majlis Persantapan itu dimulakan dengan doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Di majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan juga telah berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada para pegawai dan anggota pasukan beruniform yang terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Unit Simpanan Gurkha, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Penjara.

pg04_150818_b

pg04_150818_g

pg04_150818_h

pg04_150818_i

pg04_150818_j

pg04_150818_k

pg04_150818_l

Baginda Sultan juga berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada ahli-ahli pertubuhan sukarelawan antaranya Kadet ABDB, Kadet PDB, Kadet Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN)

Berangkat dan hadir sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang dan Manteri-Manteri Pedalaman, para perwakilan asing ke negara ini, setiausaha-setiausaha tetap dan ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA