Santap Tengah Hari bersama Presiden Singapura

Santap Tengah Hari bersama Presiden Singapura

SINGAPURA, 9 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari sempena Sambutan Ulang Tahun Republik Singapura Yang Ke-50, dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Istana Presiden dialu-alukan oleh Presiden Republik Singapura. Baginda kemudiannya berkenan beredar bersama-sama Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan ke Banquet Hall bagi Majlis Santap Tengah Hari.

Majlis Santap Tengah Hari tersebut dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura.

Baginda Sultan dialu-alukan oleh Presiden Dr Tony Tan di Majlis Santap Tengah Hari di Banquet Hall, Istana Presiden, kelmarin. - Infofoto
Baginda Sultan dialu-alukan oleh Presiden Dr Tony Tan di Majlis Santap Tengah Hari di Banquet Hall, Istana Presiden, kelmarin. – Infofoto

SG50_Care_&_Share

Selesai Majlis Santap Tengah Hari, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung berangkat bersama-sama dengan ketua-ketua negara dan kerajaan serta para tetamu khas yang lain bagi sesi bergambar ramai.

Mengiringi keberangkatan Baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA