Santos akhiri impian LA Galaxy

Santos akhiri impian LA Galaxy

LOS ANGELES, 2 Mac (AFP) – Harapan Steven Gerrard untuk membawa Los Angeles Galaxy mengecapi kemenangan Liga Juara-Juara CONCACAF berakhir semalam ketika pasukan dari Mexico mendominasi permainan menentang pesaing dari AS itu pada suku akhir.

Gerrard berganding bersama pemain Galaxy yang baru ditandatangani, Nigel De Jong di bahagian midfield Los Angeles ketika pasukan dari Majoe League Soccer membuat perjalanan ke Torreon di Mexico untuk menghadapi Santos Laguna selepas hanya mampu seri 0-0 dalam perlawanan pertama minggu lepas.

Tetapi harapan Galaxy untuk mara ke separuh akhir perlawanan kelab paling berprestij benua Amerika Utara itu terjejas ketika Santos mendahului 3-0 dalam laluan memenangi perlawanan 4-0.

Satu lagi pemain yang baru ditandatangani Galaxy – bekas bintang Chelsea dan bintang England, Ashley Cole – terlepas perlawanan selepas kembali ke Rom untuk menyambut kelahiran anak pertamanya.

Reaksi Giovani Dos Santos (kanan) dan penjaga gol Dan Kennedy (kiri) selepas tewas kepada pasukan Santos dalam aksi Liga Juara-Juara CONCACAF di stadium Corona Torreon, Mexico kelmarin. – AFP
Reaksi Giovani Dos Santos (kanan) dan penjaga gol Dan Kennedy (kiri) selepas tewas kepada pasukan Santos dalam aksi Liga Juara-Juara CONCACAF di stadium Corona Torreon, Mexico kelmarin. – AFP

Ketiadaan pemain berusia 35 tahun itu amat terasa apabila Santos menghukum kelemahan pertahanan untuk mengukuhkan penguasaan.Martin Bravo memberikan pendahuluan kepada Santos selepas minit ke-19, menyudahkan voli dari luar kotak penalti selepas Galaxy gagal menangani sepakan sudut.

Ulies Davila menggandakan jaringan empat minit kemudian apabila rembatannya dari luar kawasan penalti melantun mengenai Jelle van Damme dan menewaskan penjaga gol Los Angeles, Dan Kennedy.

Los Angeles semakin teruk pada minit ke-36 apabila pemain antarabangsa Cape Verde, Djaniny membuat tandukan menerjah gawang gol selepas banyak bertahan untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Bravo menjaringkan gol keduanya pada minit ke-61 untuk melengkapkan jaringan pada perlawanan malam itu, yang dilihat kekurangan latihan perlawanan ketika mereka bersedia bagi musim MLS baru hujung minggu ini.