Santos puji aksi Ronaldo

Santos puji aksi Ronaldo

MARSEILLE, 1 Julai (AFP) – Pengendali Portugal, Fernando Santos, memuji persembahan Cristiano Ronaldo dengan menyifatkannya sebagai suatu yang ‘menakjubkan’ meskipun gagal merembat sebarang gol tatkala pasukannya mara ke separuh akhir Euro 2016 dengan menjinakkan Poland, 5-3 menerusi sepakan penentuan.

Bintang Real Madrid itu hanya meledak menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi masa 120 minit dan Santos memuji kapten pasukannya itu dan rakan sepasukan, Pepe.

“Cristiano dan Pepe beraksi dengan cara menakjubkan, yang kadang-kadang setengah pihak meraguinya.

Fernando Santos mengawasi anak-anak didiknya dalam sesi latihan. – AFP
Fernando Santos mengawasi anak-anak didiknya dalam sesi latihan. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kebanyakan pihak hanya fokus kepada Ronaldo kerana itu dia perlu meledak. Tapi dia bermain dengan cara menakjubkan, dia adalah kapten yang hebat. Pepe juga beraksi cemerlang hari ini,” katanya.

Dalam aksi suku akhir itu, Renato Sanches dianggap sebagai wira Potugal.

Pemain berusia 18 tahun itu berjaya memadamkan kelebihan jaringan pendahuluan Poland menerusi Robert Lewandowski pada aksi pertama di peringkat antarabangsa.