Saoud Al-Mohanndi dihalang bertanding

Saoud Al-Mohanndi dihalang bertanding

PANAJI, India, 26 Sept – Pertubuhan induk bola sepak dunia, FIFA, telah menggantung seorang pegawai kanan Qatar dari bertanding dalam pilihan raya bagi merebut kerusi dalam majlis baru kerana penyiasatan.

Jawatankuasa Etika FIFA yang dibelenggu dengan skandal bulan lalu mencadangkan penggantungan selama dua setengah tahun ke atas naib presiden Persekutuan Bola Sepak Qatar, Saoud Al-Mohanndi kerana enggan bekerjasama dengan penyiasatan.

FIFA tidak mendedahkan tumpuan penyiasatan, tetapi ia tidak berhubung kait dengan Piala Dunia 2022, yang akan dihoskan oleh Qatar.

Mohannadi menafikan salah laku dan dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Goa, India, esok sebelum AFC mengumumkan dia digantung.

“FIFA menasihatkan AFC, berdasarkan laporan daripada penyiasatan Jawatankuasa Etika FIFA, ia memutuskan Saoud A. Aziz Al-Mohannadi (Qatar) tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya bagi Majlis FIFA,” kata AFC dalam kenyataan lewat semalam.

Enam calon dari Asia, termasuk China dan Korea Utara , akan bertanding pada kongres khas AFC di Goa bagi tiga kerusi dalam majlis FIFA, yang ditubuhkan di bawah reformasi anti rasuah awal tahun ini.

Kesemua jawatankuasa eksekutif berkuasa FIFA, yang menjadi pusat bagi rasuah dalam pertubuhan itu, dinamakan semula sebagai Majlis FIFA pada kongres pertubuhan itu di Mexico awal tahun ini.

Ia ditubuhkan untuk beroperasi dengan cara yang sama kepada lembaga pengarah syarikat sebagai sebahagian daripada perancangan untuk menjadikan pertubuhan itu lebih telus, termasuk penganugerahan negara-negara hos Piala Dunia, berikutan beberapa skandal rasuah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA