SAP sasar pertumbuhan mantap

SAP sasar pertumbuhan mantap

FRANKFURT, 20 Julai – Syarikat besar perisian SAP, Jerman hari ini mengesahkan sasaran sepanjang tahunnya selepas pertumbuhan mantap dalam perniagaan cloud syarikat itu, yang dijana oleh perolehan dan jualan dalam suku kedua.

SAP berkata dalam satu kenyataan bahawa keuntungan bersih melonjak 73 peratus kepada 813 juta euro dalam tempoh dari April hingga Jun.

Peningkatan itu sebahagiannya adalah hakikat bahawa perangkaan tahun sebelumnya telah memasukkan kos penyusuan semula struktur.

Tetapi pertambahan itu juga memperlihatkan prestasi mantap operasi dengan permintaan kukuh bagi produk cloud yang melonjakkan keseluruhan hasil menjelang 5.4 peratus hingga 5.237 bilion euro.

Perkomputeran Cloud adalah cara berbeza penghantaran aplikasi dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat dan para pengguna.

Program-program dijalankan dalam cloud Internet dan bukannya server pelanggan atau komputer dan dihantar melalui sambungan jalur lebar yang membukakan banyak kemungkinan untuk mengkhususkan perkhidmatan mengikut apa yang diperlukan dan mengurangkan perlunya perniagaan untuk membeli dan mengekalkan peralatan.

SAP berkata hasil dalam perniagaan cloud tumbuh 30 peratus kepada 720 juta euro.

“Momentum kami mungkin lebih mantap lagi,” ketua eksekutif Bill McDermott berkata dalam sidang media melalui telefon. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA