Sapphire dinobat rumah terbaik CCCT

Sapphire dinobat rumah terbaik CCCT

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – House of Bears (Sapphire) dinobatkan sebagai juara dalam acara Hari Sukan 2016 Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) yang diadakan di Padang Kebajikan, Berakas.

Sementera itu, House of Dragons (Amethyst), House of Lions (Amber) dan House of Phoenix (Jade) masing-masing berada di tempat kedua ketiga dan keempat.

Acara tersebut dimulakan dengan pembukaan acara tersebut yang dirasmikan oleh Pengarah Pengajian Diana Emran, disusuli dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh pasukan tarian Kolej CCCT sendiri.

Gambar ramai bersama pemenang.
Gambar ramai bersama pemenang.

Sebanyak empat buah pasukan bertanding pada acara tersebut untuk merebut juara dengan temanya pada tahun ini ialah ‘Game of Thrones’.

Acara Hari Sukan termasuk berbaris lalu dengan persaingan bersorak yang sangat bertenaga serta larian 100m, 200m, 400m, 1200m untuk individu, 4×100 dan 4×400 relay, di samping Fun Race yang diadakan untuk pensyarah dan kakitangan kolej tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA