Sarah Sjostrom cipta rekod baharu dunia

Sarah Sjostrom cipta rekod baharu dunia

RIO DE JANEIRO, 8 Ogos – Sarah Sjostrom bergelar wanita pertama Sweden memenangi emas Olimpik hari ini dan dia melakukannya dengan penuh gaya apabila mencipta rekod dunia baharu dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu.

Sjostrom menamatkan renangan dengan masa 55.48s, lebih pantas daripada 55.64s dilakukannya pada Kejohanan Dunia Ogos lalu di Kazan, Russia – ketika dia memecah rekod sebanyak dua kali.

“Saya tahu apabila saya membuat pusingan yang bagus – saya memulakannya dengan tangan yang sempurna ketika berpusing – saya tahu adalah sukar buat perenang lain menjadi lebih pantas,” kata Sjostrom.

Perak dimenangi Penny Oleksiak dari Kanada dan gangsa milik atlet Amerika Syarikat, Dana Vollmer.

pg23_160809_olympic logo

Sarah Sjostrom peroleh pingat emas dalam dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dengan mencipta rekod dunia baharu. - AP
Sarah Sjostrom peroleh pingat emas dalam dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dengan mencipta rekod dunia baharu. – AP

Kedua-dua mereka tidak mampu memberi tentangan buat Sjostrom dengan Oleksiak mencatat 56.46s manakala Vollmer – yang berehat selepas kejayaan emas di London untuk memulakan kehidupan keluarga dan memiliki anak berusia 17 bulan, Arlen – melakukan 56.63s.

Sjostrom, yang berkedudukan kelima acara 100m kupu-kupu di London, mendominasi acara itu sejak 2013. – AFP