Saran kurangkan tol Sg. Teraban

Saran kurangkan tol Sg. Teraban

JAMBATAN Rasau yang menghubungkan Pekan Kuala Belait dengan Kampung Sungai Teraban dan seterusnya ke Sungai Tujoh telah digunakan lebih 20 tahun dan sejak itu pengguna dikenakan bayaran tol kecuali penduduk Kampung Sungai Teraban, kenderaan kerajaan dan mereka yang bertugas di Pos Kawalan Sungai Tujoh.

Saya percaya sudah sampai masanya tol ini dimansuhkan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh negeri jiran kita mulai 2016.

Jika pun tidak dihapuskan maka disarankan kadar bayaran tol diturunkan kepada misalnya, motosikal $1, kenderaan persendirian $2, teksi $4, bas penumpang (sewaan) $5, lori bermuatan, pikap dan yang digunakan untuk perniagaan $6 dan treler bermuatan $10.

Namun, alangkah lebih baik dan mulia sekiranya bayaran tol itu dikecualikan bagi kenderaan berpendaftaran Brunei atau milik rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

Orang Kg Teraban, KB

ARTIKEL YANG SAMA