Saran lebih banyak mini RTC diwujudkan

Saran lebih banyak mini RTC diwujudkan

KOTA MARUDU, 16 Okt – Kerajaan disaran mewujudkan lebih banyak mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sabah sebagai landasan membawa transformasi ekonomi dan pembangunan sosial kepada rakyat negeri ini.

Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata ia bukan sahaja pusat sumber informasi tetapi sebagai usaha membawa pembangunan dengan lebih dekat kepada masyarakat luar bandar dalam bidang pendidikan, latihan, keusahawanan dan pembangunan kemahiran belia.

Justeru, beliau menyarankan supaya pihak berkaitan membina lebih dua mini RTC di setiap kawasan Parlimen memandangkan ada kawasan terlalu luas dan mempunyai dua daerah.

Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mini RTC Kampung Pinatau di sini, hari ini. – Bernama