Saran wujudkan Anugerah Sukan Negara

Saran wujudkan Anugerah Sukan Negara

SKIM Penggalak Kecemerlangan Sukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diperkenalkan pada tahun 1991 dan hanya anugerah kewangan kepada atlit, jurulatih, penolong jurulatih dan 20 peratus daripada jumlah ganjaran diberikan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan, di laksanakan.

Di dalam skim berkenaan ada beberapa perkara ditetapkan antaranya Anugerah Tokoh Sukan Negara, Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Sukan Kebangsaan, Anugerah Sukan Terbaik dan Anugerah Atlet Remaja manakala anugerah diberikan tidaklah melibatkan jumlah kewangan yang besar.

Namun, agak mendukacitakan ialah sehingga sekarang lebih 24 tahun berlalu, kategori anugerah-anugerah yang saya nyatakan ini belum dilaksanakan. Dalam tempoh tersebut, setentunya ada antara pemimpin sukan yang berkelayakan untuk diberikan anugerah, kini ‘sudah tiada’ atau tidak lagi aktif dalam mana-mana badan sukan atau ada yang sudah tawar hati dan malas untuk aktif lagi kerana hilang motivasi ‘tiada apa lagi yang hendak dikejar.’

Oleh itu, sudah sampai masanya, Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan dihidupkan semula untuk memberi rangsangan kepada para atlet dan badan-badan sukan untuk terus berkembang dan berjaya diperingkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa.

Apatah lagi, sekarang ini sudah ada atlet negara telah mencapai beberapa kejayaan daripada segi kutipan pingat emas, perak dan gangsa pada kejohanan-kejohanan tersebut.

Kalau Anugerah Belia telah didakan setiap tahun sejak lebih lima tahun yang lalu, sempena Hari Belia Kebangsaan pada setiap 1 Ogos, kenapa Anugerah Tokoh Sukan tidak dapat diadakan.

Saya ingin mencadangkan Anugerah Sukan ini diperkenalkan pada 4 Oktober setiap tahun serta dijadikan Hari Sukan Negara. Tarikh 4 Oktober adalah sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,  menaiki takhta menjadi Sultan Brunei ke 29 hampir 40 tahun yang lalu.

Diharap cadangan ini akan mendapat pertimbangan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan yang baru dilantik pada 22 Oktober lalu. – Bekas atlet sukan BSB

ARTIKEL YANG SAMA