Sarapan bantu kekal cergas sepanjang hari

Sarapan bantu kekal cergas sepanjang hari

KEPENTINGAN mengambil sarapan kerap diperkatakan kerana ia hidangan penting untuk memulakan aktiviti harian. Namun, berapa ramai pula dalam kalangan kita yang bersarapan setiap pagi.

Selain memberi kebaikan pada tubuh dan minda, kajian dalam Jurnal Epidemiologi Amerika pada tahun 2003 menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan adalah 4.5 kali lebih berisiko mengalami obes berbanding mereka yang bersarapan.

Bagi golongan dewasa, tidak mengambil sarapan menjadi perkara biasa dan ia jarang mengganggu kelancaran aktiviti harian.

Bagaimanapun, apabila kanak-kanak tidak diberikan sarapan sepatutnya, ia boleh menjejaskan tumpuan mereka sama ada di dalam kelas atau ketika menyertai aktiviti luar.

Hasil kajian yang dilakukan mendedahkan satu daripada tiga pelajar sekolah didapati mempunyai tahap fizikal aktiviti yang rendah terutama bagi mereka yang tidak mengambil sarapan.

Ia sangat penting untuk kanak-kanak mendapat nutrisi yang betul pada jangka masa ditetapkan bagi meningkatkan prestasi semasa di sekolah.

“Ini akan memberikan mereka tenaga secukupnya untuk membantu meningkatkan kecergasan mental supaya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di dalam kelas serta kekal bertenaga.

Sesi itu bukan sahaja membincangkan rasa bimbang ibu apabila anak meninggalkan rumah untuk ke sekolah, malah ia merangkumi pelbagai aspek akibat daripada kehausan tenaga yang dialami kanak-kanak pada waktu tertentu.

Ia juga meneroka cara memastikan nutrisi betul yang boleh memberikan manfaat terhadap prestasi di sekolah sama ada ketika di kelas atau aktiviti ko-kurikulum.

Kajian ini menemui kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih aktif dalam aktiviti fizikal.

Ia juga menunjukkan sebahagian besar pengguna yang mengamalkan pengambilan minuman malt didapati lebih cenderung untuk memenuhi keperluan nutrien yang disarankan (Recommended Nutrient Intake RNI).

Dalam pada itu, penyelesaian yang mudah untuk kanak-kanak mendapatkan khasiat yang betul serta memastikan bekalan tenaga mereka mencukupi adalah dengan membawa bekalan makanan ke sekolah.

Dengan membekalkan makanan yang sihat ke sekolah, ibu bapa akan berasa tenang kerana tahu anak tidak akan berasa lapar atau kehausan tenaga apabila tiada di sisi mereka.

ARTIKEL YANG SAMA