Sarawak akan terus serap GST

Sarawak akan terus serap GST

MIRI, 4 Nov (Bernama) – Kerajaan Sarawak menafikan khabar angin bahawa ia tidak akan menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditanggung 26 majlis tempatan di negeri ini tahun depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh berkata kerajaan negeri akan terus menyerap GST yang dilaksanakan mulai 1 Jun tahun ini.

“Kerajaan negeri akan menyerap GST yang ditanggung majlis tempatan; itu tidak benar (bahawa ia akan dihentikan tahun depan),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dana pendidikan Parti Rakyat Bersatu (UPP) kepada 21 penerima di sini Rabu.

Wong, yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Presiden UPP, berkata kadar cukai taksiran tahunan juga tidak akan dinaikkan tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA