Sarawak dijangka kekal berkembang pada kadar 4 peratus tahun depan

Sarawak dijangka kekal berkembang pada kadar 4 peratus tahun depan

KUCHING, 7 Dis – Ketidaktentuan pasaran global yang berterusan, terutama dengan kelembapan di pasaran baru muncul dan hargakomoditi yang lemah, pertumbuhan Sarawak pada tahun depan dijangka kekal pada kadar empat peratus.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini dijangka menyeluruh dengan sektor perkhidmatan diunjurkan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Beliau berkata, sektor ini dijangka berkembang pada kadar 5.9peratusdidorong oleh subsektor utiliti, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran.

“Tahun depan, pertumbuhan dijangka kekal meluas dan terus dipacu oleh sektorperkhidmatan, disokong oleh penggunaan swasta dan aktiviti yang berkaitan pelancongan.

“Sektor perkhidmatan diunjurkan berkembang sebanyak 5.9 peratusdengan pengembangan berterusan dalam semua subsektor,” katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ketua Menteri itu berkata, pelaburan awam dijangka berkembang pada kadar 3.8 peratus pada 2015, didorong oleh projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan, seperti Lebuh raya Pan Borneo dan juga projek tebatan banjir dan transformasi luar bandar.

Adenan berkata pelaburan awam tahun depan dijangka mencatatkanpertumbuhansebanyak 3.3 peratus setelah lebih banyak projek luar bandar yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas akan dilaksanakan, terutamanya untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Sementara itu, pelaburan swasta dijangka berkembang pada kadar 6.9 peratus tahun ini didorong oleh pelaburan dalam industri berorientasikan eksport terutamanya dalam kawasan SCORE (Koridor Sarawak Tenaga Boleh Diperbaharui).

“Pada 2016, pelaburan swasta dijangka berkembang 6.8 peratus, dipacu oleh pelaburan dalam industri berorientasikan eksport,” katanya. Mengenai perdagangan luar, Adenan berkata pada separuh pertama tahun ini, imbangan perdagangan terus mencatatkan lebihan sebanyak RM28.6 bilion walaupun penguncupan dalam eksport dan import. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA