Sarawak mohon lebih banyak penurunan kuasa

Sarawak mohon lebih banyak penurunan kuasa

KUCHING, 29 Ogos – Sebuah jawatankuasa Kabinet yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah ditubuhkan bagi memohon lebih banyak penurunan kuasa untuk Sarawak.

Jawatankuasa Kabinet mengenai Pencapaian dan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan (PSDT) juga akan berfungsi untuk menambah baik pencapaian dan keberbesanan program dan penyampaian perkhidmatan.

Abang Johari berkata sekretariat PSDT akan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak Dr. Sabariah Putit, wanita pertama dilantik sebagai timbalan setiausaha negeri Sarawak.

Beliau berkata, senarai Bidang Keberhasilan Utama (KRA) PSDT dan skop ialah mendapatkan penurunan kuasa dan pemerkasaan, penyampaian perkhidmatan dan kad skor, strategi perhubungan awam negeri, kualiti pendidikan dan modal insan, kesejahteraan masyarakat dan Sarawak sebagai kuasa sukan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA