Sarawak perlu RM24.8j bina 4,402 km jalan raya

Sarawak perlu RM24.8j bina 4,402 km jalan raya

KUCHING, 24 Mei (Bernama) – Sarawak perlu membina 4,402 kilometer lagi jalan raya hingga tahun 2030 melibatkan kos RM24.8 bilion bagi menghubungkan lebih 1,000 jalan sedia ada di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata berdasarkan cadangan bahawa keseluruhan jalan raya itu akan dibina dalam masa 14 tahun, maka Sarawak memerlukan RM1.9 bilion setahun untuk membina 338 kilometer jalan raya.