Sarawak, Petronas bincang amalan pengambilan pekerja

Sarawak, Petronas bincang amalan pengambilan pekerja

KUCHING, 15 Ogos – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani mengadakan mesyuarat tertutup dengan para pegawai tertinggi Petronas di sini hari ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan) Petronas, Datuk Anuar Taib mengetuai delegasi syarikat minyak negara itu yang terdiri daripada Naib Presiden Kanan (Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan), Datuk Raiha Azni Abdul Rahman dan Naib Presiden Kanan (Strategi Korporat) Adif Zulkipli.

“Mesyuarat ialah bagi membincangkan mengenai amalan pengambilan pekerja Petronas di negeri ini.

“Kami sekali lagi akan bermesyuarat pada Sabtu ini bagi menyelesaikan semua isu sehingga terperinci,” demikian kata beliau dalam satu kenyataan selepas mesyuarat. – Bernama