Sarkozy: Donald Trump ‘menakutkan’

Sarkozy: Donald Trump ‘menakutkan’

LONDON, 24 Mac (AFP) – Donald Trump adalah “menakutkan” dan kepopularannya di Amerika Syarikat membimbangkan, kata bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy semalam.

“Lelaki ini tidak layak menerima begitu banyak perhatian. Apa yang menakutkan adalah kesan yang diberinya,” kata pemimpin parti Republikan Perancis pada satu acara di London.

“Ia membuat saya menggeletar. Ia membuat saya menggeletar mengeai keadaan Amerika,” kata Sarkozy, yang memimpin Perancis di antara tahun 2007 dan 2012.

Beliau mengkritik “populisme” dan “kekesatan bahasa” dalam kempen Trump, yang telah dibelenggu kenyataan kontroversi mengenai agama Islam, tatkala jutawan harta tanah itu semakin merapatkan jurang dalam pelantikan Parti Republikannya untuk calon presiden.

Donald Trump memberikan tanda bagus ketika berucap pada Persidangan Dasar Jawatankuasa Hubungan Israel-Amerika (AIPAC) 2016 di Verizon Center, Washington, DC kelmarin. – AFP
Donald Trump memberikan tanda bagus ketika berucap pada Persidangan Dasar Jawatankuasa Hubungan Israel-Amerika (AIPAC) 2016 di Verizon Center, Washington, DC kelmarin. – AFP

Tempoh Sarkozy sebagai presiden menandakan pemulihan hubungan di antara Paris dan Washington, selepas hubungan dingin selama beberapa tahun di bawah pemimpin sebelumnya.

Selepas tempoh singkat tidak menjadi perhatian ramai, bekas pemimpin berusia 61 tahun itu bercita-cita bertanding untuk jawatan presiden pada 2017, tetapi menghadapi dakwaan rasuah berkaitan dengan penyebaran pengaruh.