Sarri buat kejutan

Sarri buat kejutan

MILAN, 4 Dis (Reuters) – Lima belas tahun selepas meninggalkan kerjayanya dalam perbankan antarabangsa untuk mencuba nasib sebagai jurulatih bola sepak, Maurizio Sarri akhirnya mencapai kedudukan teratas kerjaya yang dikatakannya dia gembira melakukannya secara percuma.

Sarri, seorang perokok, yang tidak pernah beraksi secara profesional dan membuat kemunculannya dalam Serie A pada usia 55 tahun, membawa Napoli ke kedudukan teratas senarai dengan pasukan yang dilihat berkeupayaan penuh memenangi gelaran pertama sejak era Diego Maradona. Mereka seterusnya akan berkunjung ke Bologna Ahad ini dengan kelebihan satu mata.

Sari yang dikenali sebagai ‘Mr 33’ kerana memikirkan 33 perancangan berbeza bagi kejayaan dalam tugasan sebelumnya di Empoli, dengan segera membuat pembaharuan di Napoli menggunakan dron untuk memfilemkan sesi latihan dari atas.

Keadaan tidak konsisten yang menandakan dua tahun Rafael Benitez di kelab itu telah disaingi dalam musim pertama Sarri dan pemain seperti Gonzalo Higuain, Marek Hamsik dan Jorginho, yang bergelut untuk mendapatkan rentak di bawah pengurus dari Sepanyol itu, kembali menemui sentuhan mereka.

Maurizio Sarri (kanan) bercakap sesuatu kepada Elseid Hysaj semasa perlawanan Serie A Napoli menentang Inter Milan di San Paulo, Naple pada 30 November lalu. – Reuters
Maurizio Sarri (kanan) bercakap sesuatu kepada Elseid Hysaj semasa perlawanan Serie A Napoli menentang Inter Milan di San Paulo, Naple pada 30 November lalu. – Reuters

Sarri tidak pernah melatih kelab besar sebelum dilantik oleh Napoli pada Jun lalu dan ramai yang tertanya–tanya sama ada dia akan menguasai bilik persalinan yang melibatkan pemain seperti Higuain dan penjaga gol, Pepe Reina.

Keraguan itu dilihat wajar apabila Napoli hanya mendapatkan dua mata daripada tiga perlawanan mereka, yang membawa Maradona untuk menyatakan kelab itu melantik lelaki yang salah.

“Sarri adalah seorang yang bagus, tetapi nilainya tidak sesuai dengan Napoli. Baginya untuk berada di bangku simpanan adalah satu hadiah hebat. Mereka memerlukan jurulatih yang faham dengan saiz dan prestij kelab,” katanya.

Tetapi 12 kemenangan dalam 13 perlawanan dalam semua perlawanan, ditunjukkan dalam kemenangan 2-1 Isnin lalui ke atas Inter Milan, meletakkan Napoli di tangga teratas Serie A.

Sarri mula melatih pasukan amatur pada 1990-an, mengurus untuk menggabungkan hobi dengan kerjaya perbankan yang membawanya ke United Kingdom, Jerman, Switzerland dan Luxembourg.

ARTIKEL YANG SAMA