Sarri ganti Benitez di Napoli

Sarri ganti Benitez di Napoli

FBL-ESP-REALMADRID-COACH

MILAN, 9 Jun (AFP) – Bekas pengendali pasukan Empoli Maurizio Sarri secara rasmi akan menjadi jurulatih Napoli selepas mempersetujui syarat-syarat bersama presiden kelab Serie A itu, Aurelio De Laurentiis untuk menggantikan Rafael Benitez (atas) dari Sepanyol, menurut laporan semalam.

Rundingan di antara Sarri dan De Laurentiis diadakan semalam dan jurulatih berusia 56 tahun itu dijangka akan menandatangani kontraknya hari ini, menurut Sky Sport.

Sarri dilaporkan bersetuju dengan perjanjian selama setahun dengan pilihan setahun seterusnya jika sasaran dipenuhi dan akan memperoleh 1.5 juta euro semusim, lima kali ganda berbanding gajinya di Empoli.

Bagi peminat Partenopei, yang selesai di tangga kedua (2013), ketiga (2014) dan kelima (2015) dalam musim yang berturut-turut, ia menggambarkan perjalanan ke perairan yang sukar jika Sarri sudah disahkan secara rasmi.

Empoli, yang dibimbing Sarri dalam Serie A pada percubaan kedua 2014, selesai hanya lapan mata di atas zon penyingkiran tetapi pasukan Tuscana itu menyerlah pada satu kedudukan dan kebanyakan pujian tertumpu kepada jurulatih mereka.

Empoli berjaya menewaskan Palermo (3-0) dan Lazio (2-1) di tempat sendiri, dan di gelanggang luar mengekang Napoli (2-2), Fiorentina (1-1), Roma (1-1) dan AC Milan (1-1).

Sarri, yang biasanya tidak bercukur, dikenali bagi sut sukannya dan merokok di garisan, juga mendapatkan penghormatan bagi pendekatan taktikal yang meneroka pergerakan cantik dan kedudukan bola mati.

Benitez meninggalkan kelab Serie A minggu lalu selepas kegagalan untuk menyelamatkan tangga ketiga dan kemaraan ke persaingan play-off kelayakan Liga Juara-Juara musim depan dan selepas itu menandatangani kontrak bersama Real Madrid.

Salah satu tugasan Sarri, jika laporan disahkan, adalah untuk mengembalikan keyakinan menjelang musim yang akan menyaksikan Napoli menyertai Liga Europa, setelah tewas separuh akhir musim lalu kepada pasukan Dnipro dari Ukraine.