Sarung jersi Real Madrid impian Sissoko

Sarung jersi Real Madrid impian Sissoko

LONDON, 12 Ogos – Midfield antarabangsa Perancis Moussa Sissoko berharap dapat berhijrah ke Real Madrid selepas menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Newcastle.

Pemain tengah Perancis yang meningkat sahamnya selepas beberapa persembahan mengagumkan di Euro 2016 telah menyatakan bahawa dia tidak mahu kekal di St James ‘Park.

Newcastle masih belum menerima sebarang tawaran yang boleh dipertimbangkan untuk pemain berusia 26 tahun itu dan laporan mencadangkan dia juga mungkin menjadi sebahagian daripada pasukan yang diturunkan Rafael Benitez untuk menentang Huddersfield hujung minggu ini.

Tetapi Sissoko seolah-olah nekad untuk berpindah pada minggu-minggu terakhir sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup, dengan Sepanyol menjadi destinasi pilihannya.

“Saya harap Real akan datang kepada saya, saya masih menunggu,” Sissoko memberitahu BBC World Service. “Jika Real Madrid berminat dengan anda sudah tentu anda akan gembira, tetapi sekarang saya masih pemain Newcastle.”

Sissoko memasang impian untuk beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. – AFP
Sissoko memasang impian untuk beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. – AFP

Pendirian Sissoko telah menimbulkan kemarahan sebahagian penyokong Newcastle, tetapi dia menambah: “Mereka perlu faham, saya telah menghabiskan masa selama tiga tahun setengah di sini.

“Saya telah memberikan segala-galanya untuk kelab ini dan saya mahu bermain dalam beberapa perlawanan besar. Untuk itu saya perlu pergi ke tempat lain.

“Saya mahu bermain dalam Liga Perdana Inggeris, saya mahu bermain dengan kelab besar yang boleh layak ke Liga Juara-Juara.

Sebab itu saya kata saya mahu berhijrah tahun ini.

“Saya telah menghabiskan banyak masa di sini dan kini tiba masanya untuk melihat ke hadapan. Peminat perlu memahami keadaan saya, saya harap mereka akan faham dan segala-galanya OK.” – AFP