SASA mengadakan Program 3K

SASA mengadakan Program 3K

Oleh Siti Lizawati Mhd

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Warga Sekolah Arab Sungai Akar (SASA) mengadakan program 3K, iaitu Kebersihan, Kecantikan dan Kekemasan sekolah.

Program tersebut diadakan di Sekolah Arab Sungai Akar pada waktu pagi.

Dalam usaha untuk mengekalkan persekitaran yang baik, kempen kebersihan itu dijalankan bagi menjadikan susana lebih kondusif. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan di sekolah.

Di akhir-akhir ini virus Zika telah menjadi kebimbangan orang ramai terutama kepada ibu bapa. Langkah-langkah awal telah dibuat bagi mencegah perkara tersebut.

Program ini bertujuan bagi menghindari persekitaran yang tidak menyenangkan dan membantu menghalang daripada pembiakan nyamuk aedes yang boleh menjurus kepada pembawaan virus Zika. Kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan budaya sukan kebersihan, malah ia juga bermanfaat untuk keselesaan para murid, guru dan ibu bapa.

Antara para pelajar yang bertungkus-lumus membersihkan persekitaran sekolah.
Antara para pelajar yang bertungkus-lumus membersihkan persekitaran sekolah.

pgm5_160908_b

Turut terlibat ialah semua warga SASA, guru-guru dan juga murid-murid sekolah.

“Program 3K ini sangat penting dalam mendidik warga sekolah agar bersatupadu dalam melakukan aktiviti, menyedarkan kepada semua tentang kebersihan, kecantikan dan kekemasan sekolah itu adalah penting dalam menjadikan suasana sekolah itu lebih kondusif,” jelas salah seorang guru yang bertugas, Awang Mohamad Rosman bin Haji Bara.

Dengan adanya program ini, warga sekolah dapat mengamalkan sikap pembersih. Pengajaran dan pembelajaran juga akan berlangsung dengan baik. Selain daripada itu, ia boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti melahirkan murid-murid yang berdisiplin, melatih sifat kepimpinan dan juga sifat mengamalkan sifat bergotong-royong sesama sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA