Sasaran kami adalah Liga Perdana – Theo Walcott

Sasaran kami adalah Liga Perdana – Theo Walcott

LONDON, 1 Jun (Reuters) – Arsenal seharusnya tidak merasa senang selepas kejayaan dalam Piala FA dan sebaliknya menggunakan “skuad terbaik” pasukan itu untuk memberikan mereka inspirasi bagi kejayaan Liga Perdana musim depan, menurut pemain penyerang Theo Walcott.

Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 4-0 Arsenal ke atas Aston Villa di Wembley semalam ketika Gunners mempertahankan trofi yang mereka menangi menentang Hull City pada musim sebelumnya.

Dalam Liga Perdana, Arsenal, yang belum menjulang gelaran itu sejak 2014, bukanlah faktor dalam perebutan gelaran dan menamatkan 12 mata di belakang juara Chelsea di tangga ketiga.