Sate warna-warni laris menjelang Aidilfitri

Sate warna-warni laris menjelang Aidilfitri

KEMAMAN, 3 Julai – Sate warna-warni? Mungkin agak pelik didengari namun kelazatannya tetap terasa walaupun tidak seperti warna lazimnya.

Sate warna-warni ini menjadi fenomena baharu di Terengganu khususnya di daerah Kemaman malah ia mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidilfitri untuk dijadikan juadah hari raya.

Pengusahanya, Muhammad Zulhanif Hazman, 22, berkata permintaan terhadap sate ayam warna-warni yang dihasilkannya sejak empat bulan lalu meningkat sekali ganda pada bulan ini.

“Alhamdulillah, sate warna-warni yang terdiri daripada empat warna iaitu kuning, biru, merah dan hijau, mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang hari raya ini berbanding bulan-bulan biasa tempahan tak sampai 15,000 cucuk.

“Saya berniaga sate ayam dan daging sejak lima tahun lalu namun idea untuk membuat sate warna-warni ini tercetus selepas mendapat nasihat daripada pembimbing program Empower Ecer yang saya sertai di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)…mereka nasihatkan saya untuk cetuskan kelainan sebab sekarang orang sukakan kelainan,” katanya ketika ditemui di kedainya hari ini. Muhammad Zulhanif berkata sate berwarna yang dihasilkannya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan beliau menggunakan ramuan turun-temurun yang diwarisi nenek serta ibunya. – Bernama

UNIK... Pengusaha sate warna-warni Muhammad Zulhanif Hazman,22, menunjukan sate warni-warni yang popular sebagai juadah pilihan terbaru untuk hidangan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini. - Bernama
UNIK… Pengusaha sate warna-warni Muhammad Zulhanif Hazman,22, menunjukan sate warni-warni yang popular sebagai juadah pilihan terbaru untuk hidangan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini. – Bernama