Satelit cuaca tercanggih dihantar ke orbit

Satelit cuaca tercanggih dihantar ke orbit

CAPE CANAVERAL, Florida, 20 Nov – Satelit kaji cuaca paling canggih pernah dibina telah diterbangkan ke ruang angkasa malam kelmarin, sebagai sebahagian daripada usaha yang bernilai AS$11 bilion untuk merevolusikan ramalan kaji cuaca dan menyelamatkan nyawa.

Kapal angkasa GOES-R baru ini akan mengesan cuaca Amerika Syarikat bukan seperti sebelumnya: taufan, puting beliung, banjir, abu gunung berapi, kebakaran hutan, ribut petir, malah nyalaan suria.

Tentu saja, kira-kira 50 ahli meteorologi TV dari seluruh negara bertumpu di tapak pelancaran – termasuk Al Roker NBC – bersama 8,000 pekerja program ruang angkasa dan para tetamu.

“Apa yang lebih menyeronokkan adalah kami akan mendapat lebih banyak data, lebih terperinci dengan resolusi yang tinggi,” kata Roker.

Dalam kes puting beliung, “kami bercakap mengenai nyawa yang dapat diselamatkan, jika kami dapat memberi orang ramai 10, 15, 20 minit lagi.”

“Peningkatan besar sebenar daripada mana-mana satelit NOAA yang pernah diterbangkan,” kata Stephen Volz, pengarah satelit-satelit bagi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan.

“Bagi orang awam Amerika, yang bermakna ramalan dan amaran kaji cuaca lebih pantas dan tepat,” kata Volz pada awal minggu ini.

“Ia juga bermakna lebih ramai nyawa dapat diselamatkan dan risikan alam sekitar yang lebih bagus” bagi para pegawai kerajaan yang bertanggungjawab bagi bencana alam dan pemindahan lain.

Para penumpang pesawat penerbangan juga mendapat manfaatnya, sama seperti pasukan pelancaran roket. Ramalan kaji cuaca meningkat itu akan membantu juruterbang mengelak cuaca buruk dan membantu ahli saintis roket untuk mengetahui bila untuk membatalkan pelancaran.

NASA mengumumkan kejayaan tiga jam setengah selepas pelancarannya, berikutan pemisahan daripada peringkat atasnya.

Siri pertama dalam empat satelit berteknologi tinggi, GOES-R disangkutkan pada roket Atlas V tanpa dikendalikan manusia, tertangguh satu jam oleh roket dan masalah lain. NOAA bergabung dengan NASA bagi misi tersebut.

Satelit itu – dianggarkan bernilai AS$1 bilion oleh NOAA – adalah dihasratkan bagi orbit khatulistiwa sejauh 22,300 batu. Di sana, ia akan bersama dengan tiga pesawat angkasa lepas lama dengan teknologi berusia 40 tahun, dan dikenali sebagai GOES-16.

Selepas berbulan-bulan diuji, satelit terbaru ini akan menggantikan satelit lama berkenaan. Satelit kedua dalam siri itu akan menyusul pada 2018. Kesemua siri itu akan digunakan sehingga 2036. – AP

ARTIKEL YANG SAMA