Satelit Eropah dikaji bagi teori relativiti

Satelit Eropah dikaji bagi teori relativiti

BREMEN, Jerman, 8 Sept – Dua buah satelit navigasi Kesatuan Eropah (EU) dilancarkan ke orbit yang salah pada tahun lepas akan digunakan bagi mengkaji teori relativiti umum lama Albert Einstein, Universiti Bremen, Jerman mengumumkan.

Profesor Claus Laemmerzahl, pengarah eksekutif dari Pusat Teknologi dan Mikrograviti Khusus Ruang Angkasa, Universiti itu, telah diberikan akses oleh Pusat Aeroangkasa Jerman untuk mendapatkan data dari satelit Galielo 5 dan 6 dan akan memberikan penilaiannya pada Oktober depan.

Dilancarkan pada Ogos 2014 bagi menghantar data GPS bagi sistem navigasi satelit Galileo, EU, dari Orbit 23,000 kilometer di atas Bumi, satelit-satelit tersebut ditinggalkan dalam orbit elipsis dari altitud 17,500 sehingga 25,000 kilometer dua kali sehari selepas bahan dorong dalam roket pengangkutan Soyuz membeku.

Perbezaan altitud itu sendiri untuk mengkaji apa yang digelar perubahan graviti dalam teori Einstein.

Pada 1951 seorang pakar fizik kelahiran Jerman meramalkan bahawa radiasi elektro magnetik yang dikeluarkan daripada sumber dalam medan graviti akan bertukar kepada jarak gelombang lebih panjang dalam perkadaran kepada kekuatan medan itu.

Ia menghasilkan apa yang digelar sebagai pembesaran masa, ini bermakna bahawa jam di atas menara tinggi bergerak lebih perlahan – jika ia lebih kecil – berbanding yang berada di pangkalan.

Pada 1976, pakar saintis melancarkan jam atom ke altitud sekitar 10,000 kilometer, di mana graviti adalah lebih lemah berbanding di Bumi, dan dibandingkan frekuensi kepada jam sama di darat. Jam di atas roket sudah tentu bergerak lebih pantas, yang mengesahkan ramalan teori kepada ketepatan bagi empat perpuluhan.

Menerusi data yang besar dari dua satelit Galileo, Laemmerzahl menjangka mampu untuk mengesahkan teori Einstein dengan 10 kali lebih tepat, kata Universiti Bremen. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA