Satelit Eropah dilancarkan

Satelit Eropah dilancarkan

CAPE CANAVERAL, 23 Jun (Reuters) – Sebuah roket Vega berlepas dari French Guiana semalam untuk meletak satelit pengawasan Bumi yang canggih di orbit, video Internet Agensi Angkasa Lepas Eropah menunjukkan.

Terbang untuk kali kelima, roket Vega empat peringkat itu, berlepas pada pukul 9:52 malam EDT dengan membawa satelit Sentinel-2A Eropah, anggota terbaru projek pengawasan Bumi Copernicus bernilai berbilion euro.

Dari tempat tenggek orbit 488 batu di atas Bumi, Sentinel-2A bertujuan mengambil gambar resolusi tinggi, berwarna dan inframerah untuk pelbagai inisatif alam sekitar, termasuk ramalan tanaman dan pengawasan bencana semula jadi.

Satelit pertama rangkaian tujuh anggota Eropah dilancarkan pada April 2014. Sentinel-1A dilengkapi dengan radar yang boleh mengawasi ais laut, tumpahan minyak dan penggunaan darat, walaupun apabila langit adalah mendung.

Sentinel-2A akan beroperasi bersama-sama dengan satelit lain, yang akan dilancarkan pada akhir 2016, membawa peralatan pengambilan gambar canggih yang boleh merakam pelbagai warna berbanding kapal angkasa lepas gambar Bumi lain, seperti Spot 5 dari Perancis atau satelit Landsat dari AS.

“Kami bukan sahaja mempunyai semua warna yang jelas, tetapi juga infra-merah, yang amat baik untuk mengawasi tumbuh-tumbuhan,” beritahu Volker Lie-big, pengarah program Pengawasan Bumi ESA, kepada Reuters.

Sentinel-2A bertujuan merakam sebahagian besar kawasan Bumi seluas 180 batu dan mengunjungi semula tempat yang sama di planet setiap 10 hari, menyediakan gambar lebih terkini dan pada resolusi lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Sebaik sahaja saudaranya, Sentinel-2B beroperasi pada tahun depan, satelit berkenaan berupaya terbang dan mengambil gambar kawasan Bumi yang sama setiap lima hari.