SATG juarai Futsal UBD

SATG juarai Futsal UBD

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Walaupun terpaksa akur berada di tempat kedua peringkat kumpulan di belakang juara kumpulan A, Pasukan International FC, Pasukan SATG tidak beralah sehingga berjaya dinobatkan juara Futsal Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian UBD di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini.

Pada peringkat separuh akhir, Pasukan SATG mempamerkan kehebatannya selepas berjaya menumpaskan juara Kumpulan B, IWA dengan kemenangan tipis 1-0 sebelum tampil pada perlawanan akhir menentang juara sekumpulannya International FC yang berkesudahan dengan jaringan 2-0.

Meskipun tanpa tewas di peringkat kumpulan, Pasukan International terpaksa akur dengan semangat juang SATG dalam perlawanan akhir hari ini setelah berjaya menewaskan CS FC di peringkat separuh akhir dengan jaringan 6 – 0.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pasukan juara.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pasukan juara.

Tampil di tempat ketiga pula ialah Pasukan IWA selepas pasukan berkenaan berjaya menumpaskan pasukan CS FC dengan jaringan 3-0.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada barisan pemenang hari ini ialah Pegawai Aktiviti Ko-kurikulum Seksyen Hal Ehwal Pelajar UBD, Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Abang.

ARTIKEL YANG SAMA