Satu gol Torres sudah cukup

Satu gol Torres sudah cukup

BARCELONA, 15 Feb – Fernando Torres menjaringkan golnya yang ke-101 bagi Atletico Madrid pada minit pertama di Getafe dan mereka kemudian bertahan bagi kemenangan 1-0 semalam untuk menyamakan kedudukan dengan Barcelona di persada La Liga.

Atletico mengutip 54 mata dan mengekori Barcelona dengan perbezaan jaringan, walaupun pasukan kendalian Luis Enrique itu boleh mendapatkan semula kelebihan tiga mata mereka dengan kemenangan di laman sendiri ke atas Celta Vigo lewat Ahad.

Real Madrid satu mata di belakang selepas kemenangan 4-2 ke atas Athletico Bilbao pada Sabtu lalu. Getafe di tangga ke-13 dengan 26 mata.

Hantaran lintang dari pemain sayap Yannick Carrasco dari kiri dalam serangan pertama Atletico menewaskan pemain pertahanan dan sampai ke tiang di mana Torres yang tidak dikawal berjaya menyudahkan gol.

Beberapa minit kemudian pemain penyerang itu, yang mencatatkan jaringan ke-100 hujung minggu lalu dengan kemenangan 3-1 ke atas Eibar, hampir menjaringkan gol sekali lagi apabila hanya berdepan dengan penjaga Getafe, Vicente Guaita tetapi rembatannya tersasar. Carrasco mengalami kecederaan awal pada separuh masa kedua yang mengawal sudut Getafe dan perlu keluar meninggalkan padang apa yang dilaporkan kelab kemudian mengalami kecederaan ligamen lutut kanan.

Fernando Torres meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. – Reuters
Fernando Torres meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. – Reuters

Getafe melakukan lebih banyak serangan pada separuh masa kedua tetapi Atletico, yang mana pertahanan mereka adalah yang terbaik dalam La Liga setelah bolos 11 gol dalam 24 perlawanan, bertahan bersama Diego Godin dari Uruguay yang kembali daripada penggantungan satu perlawanan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA