Satu mata lagi Juventus juara liga

Satu mata lagi Juventus juara liga

ROM, 30 April – Juventus sudah meletakkan sebelah tangannya di atas gelaran Serie A semalam selepas jaringan Carlos Tevez menyaksikan juara itu bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi perlawanan menentang Fiorentina 3-2.

Kemenangan itu membawa mereka satu mata dari mahkota liga untuk kali keempat berturut–turut pada malam yang penuh insiden selepas menyaksikan 27 gol dijaringkan dalam lapan perlawanan.

Pendahulu kendalian Massimiliano Allegri mungkin melengkapkan gelaran jika Lazio tangga kedua gagal menewaskan Parma, tetapi pasukan Stefano Pioli itu menjaringkan tiga gol menerusi Marco Parolo, Miroslav Klose dan Antonio Candreva dalam enam jaringan pada separuh masa pertama.

Lazio menambah gol keempat melalui Balda Keita ketika perlawanan hanya berbaki sembilan minit untuk mengekalkan jurang 14 mata dengan Juventus dengan baki lima perlawanan dan Parma pula akan disingkirkan.

Juve sekarang hanya memerlukan seri di Sampdoria pada malam Sabtu ini untuk memenangi liga sebelum separuh akhir Liga Juara–Juara pada malam Selasa menentang Real Madrid di Turin.

Alberto Carlos Tevez (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Fiorentina di Turin semalam. – AFP
Alberto Carlos Tevez (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Fiorentina di Turin semalam. – AFP

“Pada kedudukan ini ia adalah keajaiban yang pelik bagi kami jika kehilangan gelaran dari sini. Kami berharap akan mendapat mata dan kemudian bercakap mengenai dua perlawanan besar,” kata Allegri, yang bersedia bagi perlawanan menentang Real Madrid.

“Real mempunyai keupayaan teknikal jika anda tidak beraksi sempurna dan jika anda tidak menjejaskan mereka apabila memiliki bola, peluang untuk ke final lebih rendah.”

Pasukannya memerlukan ketajaman menentang Madrid. Mereka bergelut beberapa kali menentang Fiorentina dan akan menggambarkan diri bernasib baik untuk menyamakan kedudukan selepas kekasaran Andrea Pirlo pada minit ke-31 ke atas Joaquin yang membolehkan Gonzalo Rodriguez memberikan pendahuluan kepada pasukan Vincenzo Montella menerusi sepakan penalti. – AFP