Satu mati, satu ditangkap

Satu mati, satu ditangkap

BAITULMUQADDIS, 30 Nov (Agensi) – Seorang lelaki Palestin menikam polis Israel di Baitulmaqdis semalam sebelum ditembak mati pasukan keselamatan manakala seorang lagi ditahan selepas menikam wanita yang menunggu bas.

Jurucakap polis Luba Samri berkata, dalam kejadian pertama, seorang lelaki Palestin berusia 38 tahun melintas di depan dua anggota polis yang mengawal pintu masuk ke bandar lama Baitulmuqaddis melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebelum menikam seorang di tengkuk, menyebabkan lelaki itu cedera. Bagaimanapun, anggota lain melepaskan tembakan menyebabkan penyerang itu terbunuh. Beberapa jam kemudian, seorang wanita ditikam pada belakangnya ketika menunggu bas di Baitulmuqaddis.

Luba berkata, wanita warga asing itu dikejarkan ke hospital dan polis memburu penyerangnya, seorang remaja yang ditemui bersembunyi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari situ.