Satu pertiga penerbangan di Paris dibatalkan

Satu pertiga penerbangan di Paris dibatalkan

PARIS, 21 Mac (AFP) – Kira-kira satu pertiga penerbangan telah dibatalkan di lapangan terbang Perancis hari ini ketika mogok pengawal lalu lintas udara memasuki hari keduanya.

Penerbangan tambang rendah Ryanair mengesali apa yang dikatakannya mogok ke-41 kali oleh pengawal lalu lintas udara Perancis sejak 2009.

Sekitar 140 penumpang bermalam di lapangan terbang Orly Paris di mana separuh daripada penerbangan itu telah dibatalkan pada hari pertama mogok kelmarin.

Pihak berkuasa hari ini meminta penerbangan itu mengurangkan satu pertiga perjalanan di lapangan terbang Orly dan Marseille, dan 20 peratus di Lyon, Nice dan Beauvais berhampiran Perancis.

Kesatuan kerja yang mogok itu mewakili sekitar satu perlima daripada pengawal lalu lintas udara, sedang berkempen ke atas pengurangan kerja dan kekurangan pelaburan dalam teknologi baru.

Air France mengatakan perjalanan ke luar dari lapangan terbangan utama lain di Paris, Charles De Gaulle, tidak berdepan pembatalan, namun penangguhan di saat-saat akhir kemungkinan boleh berlaku.

Easy-Jet mengatakan ia telah membatalkan 90 penerbangan dan mungkin lebih banyak gangguan lagi berlaku.