Saudara baru berjaya tamatkan kursus bimbingan asas

Saudara baru berjaya tamatkan kursus bimbingan asas

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 3 Feb – Seramai 18 orang saudara baru lelaki telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bimbingan Asas ke-183 dan menerima sijil masing-masing pada majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait, hari ini.

Kursus yang diadakan selama dua minggu, bermula 18 Januari lalu, itu merupakan projek tahunan Pusat Dakwah Islamiah, yang diadakan secara serentak di seluruh negara.

Hadir selaku tetamu kehormat dan telah menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada peserta kursus yang menetap di Daerah Belait berkenaan ialah Pemangku Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

Sijil penyertaan Kursus Skim Bimbingan Asas disampaikan kepada salah seorang peserta.
Sijil penyertaan Kursus Skim Bimbingan Asas disampaikan kepada salah seorang peserta.

ARTIKEL YANG SAMA