Saudara baru khatam Al-Quran

Saudara baru khatam Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Dalam usaha mengajak saudara baru menghayati bulan Ramadan dan menanam minat mereka dalam pembacaan Al-Quran serta menerapkan ajaran agama, rombongan pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersama saudara-saudara baru Daerah Tutong dan Belait di kediaman Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di Kampung Batu Ampar.

Majlis Khatam Al-Quran itu dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong dan Kuala Belait. Hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar dan ketua-ketua Unit Daerah Tutong dan Belait. Majlis tahunan ini juga sebagai wadah dalam mengukuhkan jalinan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan PDI bersama mualaf Daerah Tutong dan Belait.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz hadir pada majlis itu.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz hadir pada majlis itu.