Saudara baru tamatkan kursus asas

Saudara baru tamatkan kursus asas

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 18 Feb – Seramai 18 orang saudara baru perempuan yang menetap di Daerah Belait telah menamatkan Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-saudara Baru Siri Ke-184 (bahagian perempuan) dan menerima sijil masing-masing, hari ini.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pejabat Dakwah Daerah Belait di mana kursus diadakan selama 14 hari bermula 3 Februari lalu.

Kursus Skim Bimbingan Asas merupakan projek tahunan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dijalankan serentak di keempat-empat daerah.

Tetamu Kehormat bersama pegawai-pegawai Bahagian Dakwah Daerah Belait dan para peserta Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-saudara Baru.
Tetamu Kehormat bersama pegawai-pegawai Bahagian Dakwah Daerah Belait dan para peserta Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-saudara Baru.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan nasihat daripada tetamu kehormat sebelum disusuli pula dengan ucapan wakil peserta dan diakhiri dengan acara penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus.

Dalam kursus kali ini, Dayang Marilyn binti Madun dipilih menjadi peserta terbaik.

ARTIKEL YANG SAMA