Saudi batal hantar minyak, Mesir cari alternatif

Saudi batal hantar minyak, Mesir cari alternatif

KAHERAH, 11 Okt – Mesir telah mengundang tender-tender untuk memenuhi keperluan produk minyak bertapisnya bagi Oktober selepas Aramco Saudi membatalkan penghantaran yang dijangkakan sekitar 700,000 tan bagi bulan ini, menurut kementerian petroleum hari ini.

Langkah daripada syarikat minyak gergasi Saudi itu merupakan satu kejutan ketika Riyadh yang menjadi salah satu penyokong utama Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan telah bersetuju untuk membiayai import Mesir dari Aramco selama lima tahun dalam perjanjian AS$23 bilion yang dicapai pada April.

“Syarikat Aramco Saudi secara lisan mengesahkan General Petroleum Corporation awal bulan ini yang ia akan membatalkan bekalannya bagi Oktober, tanpa menyatakan sebarang alasan,” kata jurucakap kementerian Hamdy Abdel Aziz kepada AFP.

Mesir telah mengundang ‘tender-tender dalam pasaran antarabangsa untuk membekalkan jumlah yang diperlukan bagi Oktober dan kami telah membuka talian kredit dengan bank pusat dan akan mencapai perjanjian itu tidak lama lagi.” – AFP