Saudi bentuk gabungan 34 negara, ‘perangi’ keganasan

Saudi bentuk gabungan 34 negara, ‘perangi’ keganasan

RIYADH, 15 Dis (AFP) – Arab Saudi hari ini mengumumkan pembentukan campuran ketenteraan 34 buah negara, termasuklah negara-negara Teluk, Mesir dan Turki untuk memerangi ‘keganasan’ dalam dunia Islam.

Campuran yang diterajui Saudi itu tidak termasuklah saingan serantau Syiah negara beraja itu, iaitu Iran, atau Syria dan Iraq. Ia akan berpangkalan di Riyadh ‘untuk menyelaraskan dan menyokong operasi ketenteraan dalam memerangi keganasan,” dengan penyertaan dari negara-negara Timur Tengah, Afrika dan Asia, lapor agensi berita kerajaan SPA.

Campuran itu akan menangani ‘masalah dunia Islam dengan keganasan dan akan menjadi rakan dalam usaha memerangi di seluruh dunia ke atas penyeksaan ini,” kata Menteri Pertahanan Saudi dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada sidang media di Riyadh.

Penyusunan akan dibuat bagi ‘penyelarasan dengan negara-negara sahabat yang cintakan keamanan dan badan-badan antarabangsa demi menyokong usaha antarabangsa untuk memerangi keganasan dan untuk menyelamatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” tambah SPA.

Timbalan Putera Mahkota Saudi dan Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman bercakap semasa sidang berita di Riyadh pada 15 Disember. – Reuters
Timbalan Putera Mahkota Saudi dan Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman bercakap semasa sidang berita di Riyadh pada 15 Disember. – Reuters

Sebanyak 34 anggota kesemuanya adalah dari Pertubuhan Kerjasama Islam yang beribu pejabat di Jeddah. Lebih 10 buah lagi ‘negara-negara Islam’ telah melahirkan sokongan bagi campuran itu, termasuklah Indonesia, menurutnya. “Negara-negara ini mempunyai prosedur untuk dilalui sebelum menyertai campuran itu, tetapi dari keinginan untuk mencapai campuran ini secepat mungkin, (gabungan)34 buah negara ini telah diumumkan,” kata menteri Saudi.

AS telah menggesa bagi penglibatan antarabangsa yang lebih luas dalam usaha memerangi kumpulan pejuang Islam IS di Iraq dan Syria, dengan mengatakan Turki perlu berusaha lebih untuk mengawal sempadannya dengan Syria dan Arab Saudi dan negara-negara Teluk dialihkan perhatian oleh konflik di Yaman. Campuran itu akan memerangi ‘sebarang pertubuhan pengganas yang muncul’ kata Mohammad apabila ditanya jika campuran itu akan menumpu pada hanya memerangi IS.

Pengumuman itu adalah yang terkini dalam dasar luar Saudi yang lebih tegas sejak Raja Salman naik takhta pada Januari dan melantik Mohammed, iaitu puteranya, sebagai menteri pertahanan.

ARTIKEL YANG SAMA