Saudi boleh berbaik jika Iran ubah dasar

Saudi boleh berbaik jika Iran ubah dasar

RIYADH, 10 Mac (AFP) – Arab Saudi dan monarki-monarki Teluk lain boleh membuka halaman baru dan membina hubungan kukuh dengan Iran jika ia menghormati mereka dan berhenti ‘campur tangan’ dalam urusan mereka, kata Menteri Luar Negeri, Adel al-Jubeir kelmarin.

“Jika Iran merubah caranya dan dasarnya, tidak ada yang akan menghalang pembinaan hubungan baru yang lebih baik berdasarkan sikap baik berjiran, dengan tidak campur tangan dalam urusan yang lainnya,” ujarnya kepada para wartawan di Riyadh.

“Tidak ada perlunya untuk campur tangan’ dalam kes seperti itu, kata Jubeir, yang negaranya telah memutuskan semua hubungan dengan republik Islam itu pada Januari selepas khalayak ramai menyerang misi diplomatik kerajaan tersebut di Iran.

Jubeir mengatakan hubungan dengan Tehran semakin memburuk ‘akibat dasar sektarian’ diikuti dengan Iran yang didominasi Syiah dan ‘sokongannya kepada pengganasan dan menubuhkan sel pengganas di negara-negara rantau tersebut’.

“Iran adalah sebuah negara jiran Islam yang memiliki peradaban yang hebat dan rakyatnya yang peramah, namun dasar-dasar yang mengikuti revolusi Ayatollah Ruhollah Khomeini yang menjadi agresif,” katanya.

Menteri-menteri luar negeri bagi negara-negara GCC bertemu di Riyadh, Arab Saudi pada 9 Mac. – Reuters
Menteri-menteri luar negeri bagi negara-negara GCC bertemu di Riyadh, Arab Saudi pada 9 Mac. – Reuters

Jubeir bercakap selepas satu mesyuarat dengan menteri-menteri luar negeri Teluk dan rakan sejawatan mereka dari Jordan dan Maghribi.

Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri bertemu di Riyadh menggesa Iran untuk menghormati resolusi PBB (UN) 2231 yang menyokong perjanjian nuklear dan termasuk kawalan ke atas peluru berpandu balistik, dengan Tehran ingkar telah menembakkan dua lagi peluru berpandu kelmarin.

Menteri-menteri ‘menekankan kepentingan bagi mengimplementasikan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2231 berkaitan dengan perjanjian nuklear, termasuk apa yang dikhuatiri peluru berpandu balistik dan senjata lain,” ujarnya.

Ditanya tentang sekatan Teluk selanjutnya ke atas Hizbullah, Jubeir mengatakan menteri-menteri luar negeri bagi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah memutuskan mengambil langkah yang ‘akan mencegah Hizbullah daripada mendapat manfaat daripada negeri GCC.”

ARTIKEL YANG SAMA