Saudi catat 42 penceraian setiap hari

Saudi catat 42 penceraian setiap hari

RIYADH, 30 Julai (Agensi) – Mahkamah di Arab Saudi memproses 13,000 kes penceraian sepanjang sembilan bulan lalu atau 48 kes setiap hari, menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kehakiman, semalam.

Riyadh menyaksikan paling banyak kes, mewakili 37 peratus daripada jumlah keseluruhan sementara Makkah dan Madinah masing-masing mencatatkan 15 dan 13 peratus.

Wilayah Jazan dan Baha menyaksikan kes penceraian paling sedikit, kurang dua peratus daripada jumlah itu.

Menurut laporan, 25 peratus perkahwinan di Arab Saudi berakhir dengan perceraian, angka yang lebih tinggi berbanding kadar penceraian di seluruh dunia.