Saudi guna bom berangkai

Saudi guna bom berangkai

DUBAI, 3 Mei (AFP) – Pasukan bersekutu yang diketuai Saudi telah menggunakan bom berangkai yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) dalam kempen udaranya ke atas pemberontak Yaman, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) berkata hari ini dengan memberi amaran tentang bahaya jangka panjang kepada orang awam.

Peluru yang diharamkan secara meluas mengandungi berbelas-belas bahagian kecil senjata yang kadang-kadang tidak meledak, yang menjadi hakikatnya menjadi periuk api yang boleh mengakibatkan kematian dan kecacatan, lama selepas ia digugurkan.

HRW berkata ia telah mengumpul gambar-gambar video dan bukti lain yang menunjukkan senjata berangkai itu telah digunakan dalam serangan udara pasukan bersekutu ke atas kubu kuat pemberontak Huthi di wilayah Saada di pergunungan utara, Yaman.

Menurutnya analisis imejan satelit menunjukkan senjata itu mendarat di kawasan penara bertanaman, dalam jarak 600 meter kawasan yang didiami.

Senjata berangkai ditegah melalui perjanjian 2008 yang dibentuk oleh 116 buah negara, tetapi bukan oleh Arab Saudi dan rakan sekutunya atau AS.

“Serangan udara peluru berangkai yang diketuai Saudi telah mengenai kawasan berhampiran kampung, yang membahayakan penduduk tempatan,” kata pengarah anggota HRW Steve Goose.

“Arab Saudi dan anggota pasukan bersekutu lain – dan pembekal – AS – melanggar piawaian sejagat yang menolak senjata berangkai kerana ancaman jangka panjangnya kepada orang awam.”

HRW berkata senjata itu yang digunakan di Yaman nampaknya adalah senjata CBU-105 Sensor Fuzed yang dibuat oleh Textron System Corporation dan dibekalkan kepada Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu oleh AS beberapa tahun kebelakangan.

Senjata itu diharamkan oleh Konvensyen Senjata Berangkai tetapi Washington membenarkannya penggunaannya dan mengeksportnya kerana ia menambah kadar ordinan tidak meledak kurang satu peratus.

HRW menggesa jalan keluar itu ditutup dan penghantaran senjata itu dihentikan.