Saudi hukum mati 2 pesalah bunuh

Saudi hukum mati 2 pesalah bunuh

RIYADH, 25 Julai – Arab Saudi hari ini menghukum mati dua orang atas kesalahan membunuh, kata kementerian dalam negeri, menambah bilangan hukuman mati kepada 107 yang dijalankan dalam kerajaan itu tahun ini.

Fahd al-Ishan disabit bersalah kerana menikam mati warga Saudi lain, menurut kementerian dalam satu kenyataan dalam agensi berita rasmi SPA.

Dia dihukum mati di utara rantau Jawf.

Pihak berkuasa juga menghukum mati warga Saudi, Mohammed al-Shahrani, di rantau barat daya Assir selepas dia disabit bersalah menembak mati warga Saudi lain, menurut kementerian dalam satu kenyataan lain.

Kerajaan itu pada Ahad menjalankan hukuman mati ke atas empat rakyatnya yang disabit bersalah atas kesalahan bunuh.

Kebanyakan pesalah yang dihukum mati akan dipancung menggunakan pedang. – AFP