Saudi hukum mati 4 pembunuh

Saudi hukum mati 4 pembunuh

RIYADH, 24 Julai – Pihak berkuasa Saudi menghukum mati empat rakyatnya hari ini kerana disabit bersalah membunuh enam anggota puak mereka, menurut kementerian dalam negeri.

Pembunuhan itu berlaku akibat pertikaian tanah dalam kalangan anggota puak Quthami, menurut kementerian dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi SPA.

Keempat-empatnya, termasuk tiga adik beradik, dihukum mati di bandar barat Taif, membawa jumlahnya kepada 105 bilangan orang yang dihukum mati tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA