Saudi hukum mati pesalah ke-72

Saudi hukum mati pesalah ke-72

RIYADH, 13 Mac (AFP) – Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang rakyatnya yang disabit bersalah atas kesalahan membunuh hari ini, yang membawa jumlah orang yang dihukum mati pada tahun ini kepada 72 orang.

Hadian al-Qahtani didapati bersalah kerana menembak mati Abdullah al-Qaoud berikutan satu pertikaian, kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan yang dibawa oleh agensi berita rasmi SPA.

Kebanyakan orang yang dihukum mati di Arab Saudi menggunakan kaedah pancung dengan pedang.

Pelaksanaan hukuman mati tahun ini termasuk 47 orang yang dijatuhkan secara serentak pada masa sehari atas kesalahan ‘pengganasan’.

Pada 2015, Arab Saudi telah menghukum mati seramai 153 orang, kebanyakan mereka berkaitan dengan kesalahan mengedar dadah atau membunuh, menurut kiraan AFP.