Saudi hukum mati rakyat Pakistan disabit membunuh

Saudi hukum mati rakyat Pakistan disabit membunuh

RIYADH, 27 Mac (AFP) – Pihak berkuasa Arab Saudi menghukum mati seorang rakyat Pakistan yang disabit bersalah membunuh seorang wanita Bangladesh hari ini, membawa bilangan orang yang dihukum mati kepada 79 orang tahun ini.

Elias Ismail didapati bersalah kerana menikam Hajar Hussein semasa satu perompakan dan telah dihukum mati di bandar Laut Merah, Jeddah, menurut kenyataan kementerian dalam negeri yang dibawa oleh agensi berita rasmi SPA.

Kebanyakan mereka yang dihukum mati di Arab Saudi telah dipancung menggunakan pedang.

Pelaksanaan hukuman mati bagi tahun ini termasuk 47 orang atas kesalahan ‘pengganasan’ yang dilakukan dalam satu hari sekali gus pada 2 Januari.

Pada 2015, Arab Saudi telah menghukum mati 153 orang, kebanyakan mereka atas kesalahan mengedar dadah atau membunuh, menurut kiraan AFP.

Hak asasi kemanusiaan Amnesty International mengatakan jumlah hukuman mati di Arab Saudi tahun lalu lebih tinggi dalam masa dua dekad.