Saudi, Iran setuju kembalikan jemaah terkorban

Saudi, Iran setuju kembalikan jemaah terkorban

JEDDAH, Arab Saudi, 1 Okt (AFP) – Para menteri kesihatan Arab Saudi dan Iran bersetuju untuk menghantar balik jemaah Iran yang terbunuh dalam kejadian rempuhan minggu lalu dalam musim haji tahun ini, lapor media kerajaan Saudi, selepas Tehran mengancam respons ‘hebat’ ekoran penangguhan.

Tehran menuduh Saudi menghalang usahanya untuk membawa pulang mayat-mayat yang terkorban dalam tragedi minggu lalu berhampiran kota suci Mekah yang mencecah bilangannya kira-kira 464 orang warga Iran.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dengan penghantaran pulang mayat-mayat warga Iran yang dikenal pasti, secepat mungkin,” agensi berita kerajaan SPA, Saudi melaporkan awal hari ini ekoran rundingan di Jeddah antara kedua-dua negara bersaingan itu.

Kedua-dua belah pihak akan juga ‘mengekalkan kontrak untuk mengenal pasti yang lain dan menjaga mereka yang tercedera,” SPA menambah lagi laporan bahawa di bawah perjanjian yang dimeterai antara menteri kesihatan Saudi Khaled al-Falih dan rakan sejawatannya dari Iran, Hassan Hashemi.

Menurutnya menteri Saudi ‘menekankan keinginan kerajaan negara beraja itu untuk bekerjasama dengan Republik Islam Iran.”

Tehran pada minggu lalu mendakwa pihak berkuasa Saudi telah gagal mengeluarkan visa bagi para pegawai Iran yang ingin pergi ke negara beraja itu untuk memudahkan penghantaran pulang mereka yang terkorban dan tercedera.

Kedua-dua negara serantau yang bersaingan itu telah berselisih faham berhubung sokongan Iran bagi pemberontak Huthi Syiah di Yaman, yang terletak di selatan Arab Saudi.

Itu mengakibatkan Riyadh membentuk gabungan Arab untuk memerangi Huthis.

“Para pegawai Saudi gagal melakukan tugas mereka,” pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata dalam ucapan kepada para pegawai tentera laut yang tamat pengajian, ekoran penangguhan dalam pengembalian jemaah haji yang meninggal dunia, dengan menuduh beberapa pegawai ‘licik’.

“Mereka seharusnya tahu dengan sedikitpun tidak menunjukkan sikap hormat kepada berpuluh-puluh ribu jemaah Iran di Mekah dan Madinah serta tidak memenuhi obligasi mereka untuk memindahkan mayat-mayat suci akan menerima reaksi ketat dan keras Iran.