Saudi kurang subsidi minyak

Saudi kurang subsidi minyak

RIYADH, 29 Dis – Saham Saudi menjunam pada permulaan perdagangan hari ini sehari selepas kerajaan kaya minyak itu mengumumkan catatan defisit AS$98 bilion tahun ini dan mengatakan ia secara drastiknya mengurangkan subsidi minyak.

Indeks Tadawul All-Shares (TASI) menurun 3.1 peratus beberapa minit selepas ia dibuka kepada 6,777.05 poin, dekat dengan tahap terendahnya tahun ini. Hanya sektor insurans meningkat sedikit di tengah-tengah kerugian, didahului oleh sektor petrokimia yang jatuh 6.3 peratus. Sektor perbankan juga kerugian 2.6 peratus.

TASI dan bursa saham Teluk telah menyaksikan pergolakan tajam pada keseluruhan tahun 2015 terutamanya kejatuhan dalam harga minyak yang membawa kepada pengurangan perbelanjaan daripada kerajaan serantau dan melanda keuntungan korporat.

Arab Saudi kelmarin menyiarkan defisit sekitar AS$98 bilion (89 bilion euro) pada 2015 selepas kemerosotan ketara dalam hasil minyak.

Kerajaan itu juga mengunjurkan defisit sekitar AS$87 bilion pada 2016, pengurangan dalam masa tiga tahun berturut-turut.

Seorang pekerja Saudi mengisi tangki minyak kereta di sebuah stesen petrol pada 28 Disember di bandar Jeddah, Laut Merah. Arab Saudi mengatakan ia merancang untuk mengkaji semula harga tenaga dan minyak sebagai sebahagian langkah baru yang diperkenalkan ekoran harga minyak rendah. – AFP
Seorang pekerja Saudi mengisi tangki minyak kereta di sebuah stesen petrol pada 28 Disember di bandar Jeddah, Laut Merah. Arab Saudi mengatakan ia merancang untuk mengkaji semula harga tenaga dan minyak sebagai sebahagian langkah baru yang diperkenalkan ekoran harga minyak rendah. – AFP

Untuk mengatasi impak kemerosotan hasil minyak, pengeksport minyak mentah teratas di dunia itu mengatakan ia akan mengenakan pemotongan tidak pernah berlaku dahulu terhadap subsidi awam ke atas minyak, tenaga dan air.

Pasaran negeri Teluk lain juga menurun hari ini.

Dubai merosot 0.4 peratus, Abu Dhabi 0.27 peratus, Qatar 1.1 peratus dan Kuwait 0.94 peratus. Perubahan kecil ke atas Oman dan Bahrain masing-masing jatuh 0.2 peratus dan 0.4 peratus. – AFP