Saudi laksana hukuman mati ke-70

Saudi laksana hukuman mati ke-70

RIYADH, 6 Mac (AFP) – Arab Saudi menghukum mati seorang rakyatnya yang disabit bersalah hari ini, membawa bilangannya kepada 70 orang yang dihukum mati tahun ini.

Alaa al-Zahrani didapati bersalah membunuh rakannya warga Saudi, Abdullah al-Sumairi dengan menghempaskan batu ke kepalanya, menurut kementerian dalam negeri.

Dia dihukum mati di bandar Jeddah Laut Merah, kata kenyataan kementerian yang dibawa oleh agensi berita rasmi SPA.

Sekitar 70 hukuman mati dilaksanakan tahun ini termasuk 47 hukuman mati bagi ‘pengganasan’ yang dilaksanakan dalam masa sehari pada 2 Januari.

Kebanyakan orang yang dihukum mati di Arab Saudi itu dipancung menggunakan pedang.

Pada 2015, Arab Saudi menghukum mati seramai 153 orang, kebanyakan mereka atas kesalahan pengedaran dadah atau membunuh, menurut kiraan AFP.

Amnesti Internasional mengatakan bilangan hukuman mati di Arab Saudi tahun lepas adalah paling tinggi dalam masa dua dekad.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan adalah lebih jauh tinggi dari China dan Iran.

ARTIKEL YANG SAMA