Saudi laksana hukuman mati ke-99

Saudi laksana hukuman mati ke-99

RIYADH, 20 Julai – Pihak berkuasa Saudi hari ini melaksanakan hukuman mati ke-99 tahun ini ke atas seorang lelaki berhubung kesalahan membunuh, di kerajaan ultra-konservatif Muslim.

Hassan bin Mubarak al-Amri telah disabit bersalah kerana menikam hingga mati, rakannya warga Saudi, Jahran al-Issa berikutan satu pertikaian, kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan yang dibawa oleh agensi berita negara, SPA.

Dia telah dihukum mati di bandar pesisir barat daya Qunfudah, ujarnya.

Arab Saudi mengenakan hukuman mati atas kesalahan membunuh, mengedar dadah, rompakan bersenjata, rogol dan murtad.

Kebanyakan yang dihukum mati itu, dipancung menggunakan pedang.

Tidak ada hukuman mati dilakukan semasa bulan puasa Ramadan, yang bermula pada 6 Jun bagi kerajaan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA