Saudi lancar dana bersama, beli kapal tangki minyak

Saudi lancar dana bersama, beli kapal tangki minyak

RIYADH, 18 Julai – Syarikat perkapalan kebangsaan Arab Saudi dan Arab Petroleum Investments Corp. (APICORP) telah melancarkan dana bersama untuk membeli kapal tangki minyak besar untuk kerajaan itu, menurut kenyataan rasmi hari ini.

Dana sebanyak AS$1.5 bilion itu bertujuan untuk membeli 15 Very Large Crude Carriers (VLCC) bagi firma perkapalan minyak kerajaan dalam tiga fasa, menurut kenyataan itu.

Persetujuan yang ditandatangani antara dua buah syarikat pada malam Ahad di Riyadh itu mengatakan tempoh dana itu adalah selama 10 tahun.

APICORP, bank pembangunan bagi 10 negara-negara Arab pengeksport petroleum, akan menyumbang 85 peratus daripada kapital dana sementara firma Saudi akan menyumbang selebihnya sebanyak 15 peratus. Ditubuhkan pada 1978, Syarikat Perkapalan Kebangsaan Arab Saudi memiliki 83 pelbagai kapal termasuk 36 VLCC.

Menteri Tenaga Saudi, Khaled al-Faleh berkata dana itu akan menyumbang kepada peralihan kerajaan menjadi sebuah hab logistik serantau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA