Saudi pintas 31 penghijrah Afrika di Laut Merah

Saudi pintas 31 penghijrah Afrika di Laut Merah

RIYADH, 12 Julai – Peronda maritim Saudi telah memintas 31 penghijrah haram, terutamanya dari Sudan, yang cuba untuk tiba di kerajaan itu menggunakan laluan laut, menurut media rasmi hari ini, dalam kes terbaru minggu ini.

Saudi Press Agency telah melaporkan peningkatan dalam pemintasan penghijrah beberapa bulan kebelakangan.

Para pengawal sempadan pada Ahad menangkap sekumpulan 31 penghijrah ketika me-reka membuat perjalanan ke Arab Saudi ‘menggunakan bot kayu, yang datang dari pantai-pantai Sudan,” kata SPA.

Lebih satu pertiga daripada mereka adalah wanita, ia memetik jurucakap pengawal sempadan Kolonel Sahir al-Harbi sebagai berkata.

Ia membawa jumlahnya kepada 308 penghijrah haram yang dipintas oleh pengawal sempadan Saudi sejak Jun, menurut jumlah yang dipetik oleh SPA.

Kebanyakan penghijrah adalah warga Sudan, yang tanah air miskin mereka terletak di sebelah tepi Laut Merah dari Arab Saudi yang kaya minyak.

Terdapat juga warga Habsyah, Chad, Nigeria dan Eritrea, kata SPA. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA